(Video) 'Jemput beratus anak yatim, pelajar tahfiz tapi ada acara tak senonoh' - PU Amin selar Safiey Ilyas


Isu transgender menjadi isu yang semakin hangat diperkatakan sekarang, lebih-lebih lagi isu ini sudah menjadi polemik berikutan pelaku-pelaku terbabit semakin ghairah menonjolkan diri.

Sebelum ini, PU Amin telah menegur gaya seorang usahawan kosmetik, Safiey Ilias, yang berpakaian dan menggayakan dirinya seperti wanita ketika menjalankan sebuah 'photoshoot’. PU Amin juga menggesa netizen agar memboikot produk keluaran usahawan berkenaan.

Walaupun telah diugut dan didesak untuk menghentikan segala penyebaran mengenai isu transgender, PU Amin tetap dengan pendiriannya untuk terus menghalang gejala tidak sihat ini daripada terus menular.

Isu terbabit masih lagi belum selesai, tetapi semalam tular di media sosial PU Amin sekali lagi menyelar usahawan berkenaan yang dikatakan telah ‘menayangkan’ acara yang tidak bermoral kepada anak-anak yatim dan pelajar tahfiz ketika majlis rumah terbuka usahawan terbabit berlangsung. Difahamkan, PU Amin turut dijemput ke majlis ini, tetapi PU Amin tidak menghadirkan diri ke majlis itu.


OPEN House Safiey Ilyas jemput beratus anak yatim, jemput pelajar tahfiz. Tapi ada acara laga tetek kat kepala tetamu. Ya Rabb!! Selamatkan Kami Ya Allah!!

Jangan lacurkan anak yatim dan anak tahfiz. Jangan gunakan mereka sebagai bahan istinjak untuk membuang najis yang kau buat. Mereka bukan bahan istinjak. Memanglah bila dijemput mereka akan datang, tapi apa kejadahnya ada benda benda ni?


Sebab itu dengan posting ini dapat menjawab ‘Kenapa PU Amin tak datang ke Open House Safiey Iliyas?’

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
Ujar PU Amin melalui statusnya di media sosial, dia akan terus menyampaikan kebenaran walaupun dia dibenci.

Biar korang benci aku, ini cara aku menyampaikan kebenaran. Kang aku buat video, korang kata aku macam budak dadah punya bahasa, so aku  tulis je ni. Kata Quran: Batil akan hancur dengan kebenaran!

Petang jemput anak yatim anak tahfiz, malam pulak maksiat bermula! Gila!

PU Amin sekali lagi menyeru agar netizen memboikot segala produk berkaitan dengan usahawan terbabit.

Ada satu lagi, sekarang jadi trend gila-gila. Buat bisnes tak fikir halal haram. Cara promosi tak fikir halal haram. Last last buat doa selamat, kenduri kendara panggil anak yatim, panggil budak tahfiz. Fuhh! Mudahnya kau nak tipu malaikat?? Check Mate Bro!

#Boikot #Boikot #Boikot #Transgender #Boikot2Jantina #BoikotHaram #JulangHalal

loading...