Selepas luangkan masa bersama, Ini pengakuan pelakon Taiwan ketika bersama Anak Najib


PELAKON jelita Taiwan, Celia Zhang mengakui bertemu dengan Mohd Nazifuddin Najib pada Khamis tetapi tidak menerima sebarang wang daripada anak bekas perdana menteri itu.

Zhang juga bertanggungjawab membayar bil makanan dan minuman mereka semasa pertemuan di Taipei itu, kata pelakon berusia 34 tahun tersebut di Facebook.

“Saya tidak ambil sebarang wang atau apa-apa hadiah daripadanya, sebaliknya saya belanja beliau makan sebagai tuan rumah,” kata Zhang dalam bahasa Mandarin.

Sementara itu, portal tabloid Taiwan, Apple Daily menyebut, Zhang turut menafikan beliau bermalam bersama Nazifuddin pada malam tersebut.

Zhang mendakwa pulang dengan menaiki teksi selepas meluangkan masa dengan Nazifuddin di sebuah bar di hotel tempat anak Najib Razak itu menginap, lapor Apple Daily.

Nazifuddin dilaporkan berada di Taipei dan bertemu jelitawan tersebut sehari selepas bapanya didakwa di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa.

Ketika Najib dituduh di mahkamah pada hari Rabu, Nazifuddin turut hadir memberi sokongan. Pada hari itu, waris dan keluarga Najib bertanggungjawab membayar jaminan sebanyak RM500,0000.

Satu rakaman video yang menujukkan reaksi gembira pasangan tersebut turut dimuatkan di portal berkenaan.

Sementara itu di Malaysia, kumpulan penyokong menggerakkan rayuan kutipan derma membayar baki RM500,000 kepada mahkamah sebagai syarat jaminan Najib.

Bekas perdana menteri itu Rabu lalu mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahguna kuasa berkaitan SRC International.

loading...