GEMPAR. Khairy Jamaluddin Tiba-Tiba Minta Maaf Di Parlimen. Puncanya Buat Ramai Terkedu


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memohon maaf kepada Ahli Parlimen Pembangkang kerana tidak mengikut konsensus untuk keluar daripada Dewan Rakyat semalam.

Beliau bagaimanapun menyifatkan konsensus berhubung keputusan itu adalah tidak tepat.

“Saya minta maaf sebab tidak ikut konsensus tetapi apabila konsensus itu membuat keputusan yang tidak tepat, saya rasa kita perlu menghormati kepelbagaian dan pendirian.

“Bukan saya sorang, Datuk Seri Anifah pun tak keluar Dewan juga. Kita buat keputusan berdasarkan apa yang kita rasa adalah pendirian yang betul terutama menunjukkan kepada rakyat bahawa kita boleh main peranan sebagai pembangkang yang berwibawa,” ujarnya ketika ditemui Astro AWANI di Parlimen di sini hari ini.

Tambah beliau, pembangkang di Dewan Rakyat pada ketika ini perlu mempunyai pendekatan yang lebih profesional dan matang.

“Saya rasa kita perlu ada pendekatan baru dalam Parlimen dan politik sebagai pembangkang.

“Kita kena tunjuk kepada rakyat bahawa kita dapat mainkan peranan yang matang yang profesional dalam Dewan Rakyat,” ujarnya.

Semalam, Khairy membuat keputusan untuk tidak keluar daripada Dewan Rakyat apabila majoriti Ahli Parlimen Pembangkang bertindak keluar sebagai membantah proses pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat. (Sumber: Astro Awani)

loading...